Program Skim Perumahan Rakyat 1malaysia Prima

2020. 3. 3. 01:59카테고리 없음

Saban tahun, harga rumah semakin meningkat. Malangnya kenaikan harga rumah ini adalah tidak seiring dengan kenaikan gaji yang diberikan oleh majikan terutamanya kepada golongan muda. Di bandar-bandar utama di Malaysia, jika anda berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah, anda tergolong dalam golongan miskin bandar.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa inisiatif oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah pertama mereka. Maka, anda harus bijak mengambil kesempatan ini.

Berikut merupakan beberapa program yang boleh anda cuba:1. PR1MAProgram perumahan kos rendah paling popular ketika ini. Ia ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan antara RM 2,500 hingga RM 15,000. Rumah yang dibina terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz dan dianggarkan berharga RM 100,000 hingga RM 400,000. Terdapat banyak lokasi perumahan PR1MA di seluruh Malaysia yang telah dibangunkan, sedang dibangunkan atau akan dibangunkan.Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi perumahan PR1MA, syarat kelayakan, cara memohon dan sebagainya sila layari.

PPA1MPPA1M atau Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia adalah program yang dikhaskan kepada penjawat awam sahaja. Buat masa ini, mengikut pengumuman rasmi dari laman web PPA1M, terdapat beberapa buah unit PPA1M yang boleh dibeli di pelbagai lokasi seperti Machang (Kelantan), Bera (Pahang), Kuantan (Pahang), Kinta (Perak), Kota Bharu (Kelantan), Alor Setar (Kedah), Alor Gajah (Melaka) dan sebagainya. Bagi anda yang bekerja dengan kerajaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk info lanjut mengenai PPA1M, lokasi rumah, cara memohon dan sebagainya sila layari. RT1MProgram RT1M atau Rumah Transit 1Malaysia ini telah dimulakan sejak tahun 2014 lagi.

Projek ini difokuskan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga untuk memulakan kehidupan sendiri dan memiliki rumah pertama. Walau bagaimanapun, program ini lebih berbentuk sewaan di mana pasangan yang layak akan diberi peluang untuk menyewa selama maksimum 2 tahun pada harga yang sangat murah iaitu RM250 sahaja sebulan.Bagi pasangan yang baru berkahwin dan berminat untuk mengetahui info lanjut mengenai program RT1M ini, sila layari.

4. RUMAWIPProgram RUMAWIP atau Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan ini adalah khas untuk penduduk di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Dalam program ini, kira-kira 80,000 unit rumah kos rendah dan sederhana akan dibina dengan pembahagian seperti berikut:. 50,000 unit - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 20,000 unit - Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program Skim Perumahan Rakyat 1malaysia Prima Indonesia

10,000 unit - Wilayah Persekutuan Labuan.Mengikut laman rasmi RUMAWIP, buat masa ini terdapat 13 projek di sekitar Kuala Lumpur yang sudah dibuka untuk permohonan manakala di Putrajaya dan Labuan masih belum ada sebarang projek yang sudah dibuka. Untuk info lanjut, layari. Skim Rumah Pertamaku (SRP)SRP atau Skim Rumah Pertamaku merupakan sebuah skim perumahan yang telah diumumkan dalam Bajet 2011. Skim ini bertujuan untuk membantu golongan muda yang berpendapatan di bawah RM5,000 untuk memiliki rumah pertama. Selain itu, skim ini membantu golongan muda mendapatkan bantuan pembiayaan sehingga 100% untuk membeli rumah pertama mereka (selalunya setiap pembelian rumah pembeli perlu mengeluarkan wang pendahuluan sendiri sebanyak 10% daripada harga rumah).Antara bank yang bekerjasama dalam skim ini adalah Affin Bank, Alliance Bank, Bank Muamalat dan banyak lagi.

Senarai bank terlibat dan maklumat lanjut boleh didapati di.Selain daripada beberapa program yang dinyatakan di atas, terdapat program lain yang boleh anda cuba seperti dan. Selain itu, ada kerajaan negeri yang menawarkan program perumahan kos rendah mereka sendiri. Sebagai contoh, kerajaan Selangor mempunyai program dan di Johor, Sultan Johor juga baru mengumumkan, iaitu rumah kos rendah yang dibina khas untuk bangsa Johor sahaja.

Primaria

Noh berkata pemimpin yang mencetuskan usaha-usaha tersebut adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.'